Sabtu, Oktober 17, 2009

Muzik Cinta 3




Muzik 3

   Sebaik saja kerja-kerja pejabat disiapkan, lantas kakinya menuju ke almari pakaian. Singlet dan seluar pendeknya diganti dengan t-shirt lengan panjang dipadan seluar jean. Minyak wangi berjenama Boss itu meresap memenuhi kamarnya sekaligus mengeluarkan bau wangian.

   Handphone ditepi katil dicapai lalu menuju ke pintu. Namun belum sempat tombol pintu dipulas, lagu Touch My Hand nyanyian David Archuletta berkumandang minta diangkat. Direnung sebentar telefon bimbitnya sebelum menekan butang hijau.

  "Hello, Syazwan. Mama ni." Sebaik saja handphone ditekup ke telinga, suara pertama didengarinya Datin Amira. Mamanya. Suram saja wajahnya sebaik saja terdengar mamanya menelefon.

  "Hmmm.."

  "Wan, dengar tak mama panggil ni?"

  "Dengar.."

  "Habis tu, kenapa diam saja?!" Suara Datin Amira mulai keras. Bengang dengan suara acuh tak acuh anaknya.

  "Wan tengah tunggalah mama nak cakap apa. Sebab tulah Wan diam."

  "Huh.." Keluhan dilepaskan. Tak guna dia memarahi anaknya ketika itu. Nanti tak pasal-pasal dia juga yang merajuk. Irfan Syazwan tak mahu balik rumah. Bukannya dia tidak mengerti sikap anaknya itu. Bila dia merajuk, bukannya hendak pujuk malah menambahkan lagi sakit hati.

  "Wan, balik rumah malam ni. Kita makan sama-sama." Irfan terdiam. Alasan apa pula yang hendak diberi ketika ini? Sakit perutkah? Ke ada banyak kerja yang belum siap? Atau nak tidur awal malam ni? Or dah kenyang?

   Kreuk..kreuk..

   Perutnya mulai meragam. Lapar pulak. Semua alasan itu sudah diguna pakai dan tak akan diterima lagi oleh Datin Amira. Sesudahnya dia buntu. Kalau dia bersetuju, mamanya pasti akan menyerabutkan otak dengan pilihan anak kawannya. Anak Dato' semestinya. Tapi, kalau dia menolak, pasti perutnya akan diserang gastrik. Ah! Pening.

  "Wan, dengar tak apa mama cakap ni? Takkan la dah tuli."

  "Mama, err..hari ni Wan tak boleh la. Ada date. Lain kali je ya."

  "Wan, mama.." Klik.

  Handphone dimasukkan ke dalam poket. Kemudian mengatur langkah ke tangga untuk turun. Bukan dia sengaja untuk kurang ajar kepada ibunya namun otak dia tengah sarat. Tengah cepu menghadap kerja pejabat seharian. Time malam-malam inilah dia akan enjoy. Enjoy bersama rakan-rakannya. Sesudahnya dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

_________________________________________________________________________________

   Laptop ditutup. Swan hanya menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal. Bilik yang dipasang penghawa dingin itu melekat terus ke tubuhnya sehingga menggigil kesejukan. Namun tidak pula di matikan penghawa dingin itu. Mahu ia terus sejuk. Sejuk sehingga dia kaku dan tidak bernafas lagi.

Tok..tok..tok

  Bunyi ketukan pintu membuatkan dia mengeluh. Mengeluh kuat. Saat beginilah orang mahu mengganggu ketenteraman hidupnya. Tiada masa lainkah mengacau satu saat dalam kehidupannya?

  "Cik Swan, Datin Safira panggil makan."

  "Boleh tak jangan ganggu hidup saya!"

  "Tapi, ini arahan dari Datin.."

  "Pedulikan!" Bentaknya keras. Ada rasa bengang yang terselit dihati. Tak reti bahasakah pembantu peribadinya? Nak cakap bahasa apa pulak? Jepun, Korea, Cina, Taiwan, Filipina? Sepatah haram pun dia tak tahu menyebut perkataan-perkataan itu melainkan 'Arigato'. Bahasa jepun.

   "Tapi.."

   "Pergi sekarang!"

   "Sekarang!" Bunyi derapan tapak kaki segera meninggalkan hadapan kamar cik mudanya. Agak sedikit gerun.

  "Menyusahkan!" Swan menggumam perlahan.

   Laptop segera dibuka. Mahu melayan rasa bosan yang tiba-tiba bertenggek dihati. Dia bukan lagi seperti dahulu!

   Dulu, 3 tahun lepas. Waktu sebegini dia akan meluangkan masa berbual bersama mamanya, Datin Safira. Kalau mengharapkan papanya, Dato' Syukri, jangan harap dia boleh berbual sepatah haram pun! Kalau tak pun dia pasti akan mencari alasan untuk keluar rumah dalam jangka masa yang panjang. Dia pergi kemana? Dia pasti akan meluangkan masa bersama kekasih hati memandangkan tiada sesiapa pun tahu hubungan sulit mereka. Dulu dia seorang yang ceria. Peramah. Terlalu baik hati dan punya segalanya.

   Dulu dia ibarat bidadari yang punya segalanya dan hanya bersenang-lenang di syurga rumahnya. Tapi pengalaman mematangkan segalanya. Ada memori yang tersimpan kemas dalam lubuk hatinya. Tanpa sesiapa sedari dia mula menjadi pendendam. Pendendam yang berkisar tentang kehidupan peribadinya. Pendendam yang pada mulanya khas untuk mama dan papanya. Namun dendam itu bertukar menjadi kebiasaan dan membenci orang sekelilingnya.

  Buzz!

  Swan tersentak! Ada orang yang menyapanya di Yahoo! Messenger.

  Gulp..

  Dia? Tak mungkin itu dia! Dia dah mati! Dah pergi dari hidup aku. Dah pergi dari kejahatan dunia ini. Mana mungkin itu dia!

________________________________________________________________________________


Kata-kata dari 'Dia' -


   Kenapa mesti mencari sesuatu yang tak jelas tentang kehidupan. Mencari sebuah realiti yang menyakitkan? Atau mencari sebuah fantasi yang menyeronokkan. Sebenarnya, tiada matlamat jelas tentang kehidupan kita. Mahu menjadi seorang doktor? Peguam? Polis? Itu hanya matlamat didunia. Tapi di akhirat? Ada sesiapa yang memikirkan tentang matlamat di sana? Matlamat yang jauh nun disana. Yang masih menanti. Kenapa juga kita mesti menyakitkan diri sendiri? Menyakitkan hati orang lain? Menyakitkan kehidupan peribadi? Itu semua tiada maknanya. Mencari dendam bermaksud kita mencari neraka. Ada neraka sebenanrnya dalam hati kita. Dalam diri kita. Neraka tiak semestinya seksaan yang pedih di akhirat tapi neraka dalam diri kita ialah neraka kejahatan. Neraka yang membuatkan cemburu. Dengki. Saling membunuh. Bukankah itu menyakitkan?~

Selasa, Oktober 13, 2009

Muzik Cinta 2

Muzik 2

"Swan!!!" Pen terlepas dari tangan. Kertas yang baru ingin dibukanya terbang dari pandangan. Tubuhnya terkaku disitu tanpa bergerak seinci pun.

"Swan, i miss you so much." Satu pelukan hinggap di badan Swan. Kaget dia dengan keadaan yang tidak diduganya.

"Maaf cik muda." Setiausahanya, Aiera datang dengan terkoncoh-koncoh sambil membetulkan cermin matanya.

"Saya gagal menghalangnya dari masuk ke bilik cik muda." Setiausaha itu menunduk. Takut memandang muka Swan yang jarang tersenyum itu.

Pelukan dari yang memeranjatkan tadi dileraikan. Sambil matanya beralih kearah setiausaha yang takut-takut itu. Takut terhadap Swan Nivera.

"Keluar!" Swan bersuara tegas meskipun matanya tidak memandang kearah setiausahanya. Terus saja Aiera hilang dari pandangan. Takut untuk menghadang cik mudanya merangkap kepada pengarah syarikat Cold Shipping Corporation.

"Bodoh!" Swan menggumam perlahan. Kali ni suaranya ditujukan kepada gadis yang baru selesai memeluknya.. Mata gadis dihadapannya tajam merenung dengan mata kelabunya. Kelihatan marah dengan ungkapannya yang baru keluar dari mulut berbisanya.

"Apa?" Dengan selamba, Swan mengutip semula pen dan kertas yang melayang tadi lalu duduk dikerusi empuknya.

"Kau ni. Sedap je kata aku bodoh. Kau tak suka ya aku datang.?" Suara merajuk dan manja mula kedengaran. Tiada suara mahu marah-marah seperti dul apabila dikutuk sedemikian rupa. Tangan Swan yang baru mahu menulis terhenti. Menghadap gadis tadi.

"Kalau aku kata ya, macam mana?" Dengan langsung tiada perasaan, Swan selamba menuturkan kata-kata yang sinis sekali. Seolah langsung tidak memikirkan perasaan gadis itu.

"Swan!!" Gadis itu merengek manja sambil berjalan kearah mejanya. Tanpa dipelawa, terus saja gadis itu melabuhkan punggung di kerusi hadapannya.

"Kau ni jahatlah. Aku baru balik dari New Zealand. Dah kau cakap macam tu. Eei, sakitnya hati aku!"

"Kau sakit bukan masalah aku." Cepat saja suaranya memintas. Dengan wajah yang tidak beriak, dengan wajah yang selamba, dia mengangkat kening. Apa lagi, membulat mata si gadis hadapannya. Swan yakin dan pasti, gadis itu akan melenting sebentar lagi.

"Swan! Apalah nasib aku punya kawan macam kau. Sudahlah tak reti jaga penampilan, tak reti bermekap. Apatah lagi cakap dengan nada yang sopan. Sudahlah garang sampaikan setiausaha sendiri dan menggigil jumpa kau. Macam dia jumpa hantu yang kepalanya dah lari, tau?!

Lepas tu tak reti nak jaga perasaan orang, cakap tu selamba je. Macam leser! Semua benda nak dimusnahkan cuma yang beza, kau tu semua hati orang kau nak singgungkan. Kau tu pulak dahlah gangster. Taklah cantik sangat. Tak reti nak..."

"Casey, stop it!" Seperti yang dijangka, Casey Neice pasti akan membebel tentangnya. Semua kesalahan yang tiada kaitan tentang keadaan sekarang pasti akan dikaitkan semula. Itulah Casey. Jika dia tidak puas hati dengan sesuatu perkara, pasti kesalahan orang itu yang dari lepas akan diungkit balik.

"Ha..lagi satu kau tu tak.."

"Aku minta maaf!" Segera Swan memintas percakapannya. Seolah sudah tahu apa yang ingin dikatakan sebentar lagi.

Satu sengehan lebar terukir dibibir teman rapatnya. Casey bangun dari kerusi sambil tersenyum sinis menuju kearah Swan.

"What? Takkan kau tak puas hati lagi dengan ucapan maaf tu?" Swan memandang pelik kearah Casey. Seolah-olah ada hajat penari itu mendekatinya. Lebih-lebih lagi senyuman yang terbit dibibir Casey. Ada sesuatu yang dicurigai disitu.

Segera Casey merampas tas tangan yang berada disebelah temannya. Swan hanya memandang dengan perasaan yang pelik.

"Let's go!"

"Pergi mana?" Swan mengecilkan mata untuk memahami maksud tersirat temannya.

"Aku belum maafkan kau lagi. Maybe aku akan maafkan kau kalau kau belanja aku makan and then belanja aku shopping." Dengan gaya yang gedik, Caey menayangkan tas tangan berwarna silver milik Swan.

"No way! Duit elaun kau mana?" Ketawa sinis mula tercetus dibibir Casey.

"You know, my money..."

"Dah habis?" Belum sempat satu ayat disempurnakan, Swan segera memotong ayat itu. Kepala Casey hanya mengangguk saja.

"Oh my god." Terbeliak biji mata Swan memandang temannya. Duit elaun yang bernilai RM 20,000 yang diberi setiap bulan kepada Casey sudah habis. Swan memang tidak boleh mempercayainya! She very crazy!~

Khamis, September 10, 2009

Muzik Cinta 1

Muzik 1

Bunyi unggas dan cengkerik yang berbunyi sedikit sebanyak meredakan hati seorang ibu yang gundah gulana. Kebelakangan ini anak tunggalnya menyepikan diri disuatu tempat. Sudah dijejak oleh pengawal peribadinya, sudah ditanya dengan rakan sahabatnya. Namun tiada seorang pun tahu anak gadisnya menyepi.

Bunyi deruman enjin yang masuk di perkarangan villa 'SunFate' berjaya membuatkan ibu itu berdiri lalu berlari ke arah pintu rumah. Dia harus berbincang hari ini!

Beg tangan yang menyorot ke lengan dinaikkan keatas bahu. Wajah lesu itu diraup beberapa kali supaya nampak segar. Rambutnya yang kusut masai dielus perlahan supaya lurus semula. Setiba di hadapan pintu, kasutnya dicabut lalu disimpan di rak penyimpan kasut. Punat loceng rumah ditekan. Sebentar kemudian, seorang wanita berusia 40an menjegulkan muka di hadapan pintu.

"Swan." Langkah kakinya automatik berhenti. Tidak jadi melangkah untuk menuju ke biliknya apabila ibunya memanggil.

"Ya, mama." Dari bunyi suara, Datin Safira sudah mengangak acuh tidak acuh saja jawapan dari tuan empu badan.

"Mama nak cakap dengan Swan sekejap." Lengan Swan ditarik menuju ke ruang tamu. Swan dengan langkah terkedek-kedek tetap mengikut ibunya menuju keruang tamu.

"Duduk." Dengan wajah yang lesu, langkah yang malas, Swan tetap juga melabuhkan punggung ke sofa empuk. Beg tangan diletak sebelah kanan.

"Kemana Swan pergi kebelakangan ini? Tahu tak mama risau." Datin Safira terus saja menyoal tanpa membenarkan anak gadisnya untuk merenggang otot-otot yang sedikit sengal.

"Pergi office la." Dengan wajah selamba, Swan membalas balik kata-kata mamanya. Meskipun dia tahu kemungkinan dia akan menjadi anak derhaka terhadap ibunya.

"Kenapa Swan jadi macam ni? Apa masalah Swan?" Lirih saja suara Datin Safira menyoal anaknya. Swan sudah berubah semenjak 3 tahun dahulu.

"Masalah Swan ada dengan mama. Mama tahukan kenapa Swan jadi macam ni." Suara tadinya yang acuh tak acuh menjadi terus keras. Ibunya seolah-olah membuka buku lama yang penuh kesakitan sekian kalinya.

"Apa maksud Swan? Mama ada buat apa dengan Swan?" Datin Safira memandang sayu kearah anaknya. Dia langsung tidak faham kenapa Swan menjadi degil sebegini.

"Mama, jangan nak buka lagi cerita lama. Mama tahu kenapa Swan jadi macam ni, so jangan pernah mahu mempertikaikan!" Nada suara Swan sudah berubah keras. Bukan niatnya mahu kurang ajar pada ibunya namun kedegilan dan kekerasan hati Datin Safira yang memaksanya.

"Kenapa sekarang Swan sudah biadap dengan mama? Mama tak pernah ajar anak mama macam ni!" Satu senyuman sinis terbit di muka lesu Swan. Kata-kata mamanya membuatkan hatinya seperti di ramas kelucuan.

"Mungkin mama tidak pernah ajar anak mama jadi kurang ajar. Tapi mama ajar Swan supaya jadi kasar dan pendendam!" Datin Safira tersentak. Muka Swan sudah menunjukkan tanda menyampah.

Datin Safira hanya mengiringi pemergian anak gadisnya dengan ekor mata dan sebak dihati. Swan sekarang sudah begitu kasar berbanding dulu. Swan, anak gadisnya yang dulu seorang yang lemah lembut dan penyayang orangnya. Tetapi sekarang? Adakah makhluk lain yang menyerupai Swan? Hati Datin Safira diragut pilu.

Satu persatu anak tangga yang dijejaknya menambahkan rasa muak dihati. Bukan dia bermaksud untuk malawan cakap ibunya. Apatah lagi membuat ibunya sedih dengan sikapnya. Tetapi dia terpaksa! Terpaksa memilih jalan ini. Dia sudah malas menjadi Swan yang selalu dibuli, Swan yang mengikut perintah orang tua dan Swan yang selalu lemah semangat. Dia sudah lali dan bosan dengan karektarnya yang dahulu.

Kini, dia menjadi Swan Nivera yang kejam. Bukan kejam membunuh orang. Tetapi kejam membenci orang. Membenci orang sekelilingnya membuatkan dia juga sakit namun itu realiti yang terpaksa dia jalani. Jika suatu masa dahulu, dia mengikut dan patuh kepada arahan kedua orang tuanya tetapi, hanya satu harapan dan kehendak hati miliknya yang mahu menyintai membuatkan dia jadi begini.

Sorry mama, Swan dah berubah. Sekarang tiada sesiapa lagi yang boleh buli Swan Nivera! Hati Swan melahirkan kata-kata yang membuatkan dia terlega sendiri. Lega kerana dia menjadi Swan yang tidak lemah lagi!

                                                                    ***********
"What problem with you?" Satu suara menyapa gegendang si jejaka. Namun respon yang diharapkan tidak sama seperti keadaan sekarang.

"Chris!" Kini, suara yang tadi separuh menjerit. Menjerit separuh geram.

"What the hell?" Si jejaka bernama Chris tadi bersuara sambil merengus kasar. Terkejut dengan sapaan itu.

"Aik? Aku pulak yang dipersalahkan. Lantak kaulah." Suara lelaki tadi mula bersuara kemudian berdiri untuk keluar dari restoran.

"Irfan, wait for me!" Terkedek-kedek Chris mengikut jejak langkah Irfan yang semakin cepat berjalan.


"Irfan!" Langkah kakinya berhenti mendadak. Nasib baik Chris tidak terlanggar belakang badan sasa milik temannya. Kalau tidak, sudah hidungnya sudah mengalirkan cecair merah pekat seperti hari-hari kelmarin.

"Kau ni cepat merajuk la, Irfan. Macam perempuan." Chris mengomel. Jejaka berbangsa English itu rupanya fasih berbahasa melayu. Jadi tidak mustahillah dia menetap di Malaysia.

"Aku tak merajuk la. Aku malas nak layan orang yang tak nak layan aku." Chris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tahap Confiuse sudah menjelma dalam otak Chris.

"Kau cakap ni berbelit-belit la. Lidah kau boleh tahan pulak."

"Ha? Tahan apa pulak ni?" Langkah kaki diteruskan. Orang yang lalu lalang disitu menyesakkan keadaan. Tangan kanan dimasukkan poket seluarnya. Tangan kiri memberi isyarat kepada temannya untuk mencari tempat berbual. Maybe di dalam kereta.

"Yelah, kau punya gaya percakapan tu berbelit-belit. Tentu lidah kau juga terbelit, kan." Pandangan Chris tentang ayatnya tadi membuatkan ketawa Irfan mahu meledak. Jauh benar la pandangan temannya nan satu ni.

"Lidah aku dah berbelit sampai terguling-guling, tahu." Irfan cuba bercanda.

"Really? Oh may god. Biar betul. Tak sakit ke?" Kini, tawa Irfan memang tidak dapat disimpan lagi. Terletuslah satu hilaian tawa dari Irfan di tengah kesibukan manusia yang lalu lalang. Adoyai, takkan dia percaya betul~

Muzik Cinta - Prolog -

-Prolog-
Alunan muzik yang mendayu-dayu sedikit sebanyak meruntun hatinya. Entah, kali ini lain yang dirasakan mengenai muzik. Selalunya tanggapan dia tentang muzik adalah teruk! Jahat sangatkan dia ni. Muzik sebegitu dianggap teruk. Tapi kali ini tanggapannya pula berubah. Lain dia rasakan saat ini.


Bunyi sorakan dan tepukan gemuruh dari para penonton mengejutkan Swan atau nama panjangnya Swan Nivera. Dengan pandangan mata yang terkejut, Swan memerhati disekeliling. Nampaknya masih ada lagi para penonton yang enak dibuai muzik tadi.


"Ya. Hari ini kita sudah disajikan dengan bunyi biola yang cukup hebat, kan. Berikan sekali lagi tepukan gemuruh untuk pemain tadi." Para penonton tadi bertepuk kuat. Kali ini lebih kuat dan bergema dari tadi. Swan juga tidak ketinggalan untuk memberikan tepukan yang kuat.


"Okey semua. Kali ini kita masih ada lagi 'Ratu Tarian' yang baru pulang dari New Zealand. Nampaknya penonton lelaki kita malam ini akan menjadi 'mabuk' sedikit dengan...lenggokan Casey." Selepas saja MC untuk malam itu menghabiskan kata-kata dewan menjadi gemuruh semula namun tidak gemuruh tadi. Para lelaki nampaknya sudah menunjukkan semangat manakala wanita sudah menunjukkan muka jeliknya. Kira menyampahlah tu.


Tanpa sedar, ada seorang gadis sudah mula bangun dari tempat duduk VIP nya. Entah bosan sudah kembali menjelma. Nampak sangat tidak suka persembahan yang bakal dipersembahkan sebentar lagi. Tangga yang dihiasi dengan karpet merah itu dijejaknya. Mahu menuju pintu keluar dari dewan.


"Cik muda, tunggu." Sebaik saja menjejakkan kaki ditangga yang keempat belas. Swan berpaling. Meskipun suara itu suyup-suyup saja namun telinga masih cekap menangkap suara pembantunya.


Sebentar saja, Ratu Tarian sudah memulakan tarian geleknya yang mengancam. Apalagi, terkeluarlah bebola mata lelaki melihat tubuh seksi Casey Neice atau nama komersialnya Casey. Si pembantu tadi sudah semput berlari-lari anak menuju ketuanya.


"Cik muda, nak pergi mana?" Semput yang dialami oleh pembantunya masih belum reda. Tercungap-cungap lagi.


"Yang kamu berlari ni kenapa, Aina?" Dengan suara yang sedikit keras Swan 'menyapa' pembantunya yang bercermin mata klasik.


"Maaf Cik muda. Cik nak pergi mana?"

"Balik." Dengan ayat yang sungguh ringkas dan padat, Swan dengan selambanya memusingkan badan lalu menaiki satu demi satu anak tangga. Sudah tidak peduli dengan pembantunya yang terpinga-pinga sendirian.

Aina menepuk dahi. Terlupa yang Cik mudanya sungguh dingin sekali dengan manusia disekelilingnya termasuk dirinya dan kedua ibubapanya. Dan hari ini dia terlupa sikap sebenar Cik mudanya. Tetapi kenapa? Mungkin juga tadinya dia melihat gadis itu menghayati baik alunan biola yang dimainkan oleh pemainnya? Aina menjungkit bahu. Semputnya tadi sudahpun hilang dan dengan selamba badaknya juga dia melompat-lompat satu persatu anak tangga yang berada disitu. Tidak kisah pandangan orang lain.

Swan terleka. Terleka dengan tangga yang dinaikinya. Dia punya rasa yang pelik sekali di dalam hati. Hati dan jiwa raganya tidak pernah suka muzik tetapi.. Tetapi tadi dia baru saja menghayati muzik dengan seluruh jiwa raganya termasuk hatinya sendiri. Aneh sekali!

'A'ah sudahlah. Itu hanya perasaan biasa.' Swan bermonolog sendirian di dalam hati. Perasaannya kini tidak dipedulikan lagi seperti hari-hari sebelumnya. Seperti saat-saat sebelumnya. Huh~
 
p/s : Aku just nak cakap yang cerita ni mungkin lambat di post kan disini. Kalian boleh lihat di blog baru kak Ara. Atau cerita ni lebih dikenali sebagai Bukan Cinta Biasa. Aku ubah tajuk ceritanya sebab not interasting la. Muzik Cinta..okey juga..hehehehe

Sabtu, Ogos 22, 2009

Secret Sociaties 3 - Hit3 Time_To_Died -

Secret Sociaties 3 - Time_To_Died -


"Slining..."

"Tolong...ja..ngan bunuh ank aku!" Tuan Mushiro merayu sambil tangannya 'melekat' pada kaki lelaki yang bernama Slining. Dia sanggup melakukan apa saja untuk anaknya selamat dari orang yang memusuhinya.

"Kenapa baru sekarang kau nak merayu?! Rayuan aku 15 tahun lalu tak pernah kau endahkan! Jadi buat apa aku endahkan rayuan kau?! Seperti kata kau dulu, 'Siapa yang lemah akan tewas dalam tangan yang kuat!'" Dengan penuh sinis, Slining meluahkan kata-kata yang terbuku didalam hati semenjak mendiang ibubapanya mati.

"Aku salah. Bunuhlah aku!" Tanpa sedar, air mata Tuan Mushiro gugur demi menyelamatkan satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Papa..." Suara gadis yang duduk ketakutan itu pula yang memecah gegendang apabila sekian lama memerhati. Entah, baru dia tahu sekarang yang selama ini Tuan Mushiro menyanyanginya.

"Buang air mata saja kau kalau terus merayu. Pergi!" Handgun dihalakan kepada gadis genit yang duduk ketakutan.

"Tolong Slining. Aku sanggup buat apa saja. Aku merayu!" Segaris senyuman sinis terbit dibibir Slining. Memang itu yang dia tunggu dari tadi.

Dbukk..

Tubuh tua Tuan Mushiro terpelanting kedinding akibat tendangan yang dirasakan cukup kuat dari Slining. Masakan tidak, jarak antara Slining dan dinding antara satu meter.

"Baik, aku terima tawaran kau!"

"Betulkah?" Wajah kelegaan mula menyilih di wajah Tuan Mushiro. Walaupun ada kesengalan dibelakang tubuhnya namun kegembiraan lebih menguasai suasana.

"Papa, banyak lagi kah kerja itu?" Suara anak perempuannya, Giena menyapa gegendang. Entah, dia tidak perasan kehadiran Giena dihadapan pintu biliknya. Jam dinding dikerling sebentar. Masih ada masa lagi.

"Giena masih belum tidur? Kan dah malam." Gelak halus mula kedengaran dari bibir anaknya. Perlahan-lahan Giena mengatur langkah menuju kearah Tuan Mushiro.

"Entahlah. Giena tak dapat tidur, papa." Sambil menghela nafas nafas yang berat, Giena memerhatikan laptop papanya yang masih menyala.

"Sedih je ni. Kenapa?" Dengan senyuman manis, Giena menggeleng perlahan. Tiada niat mahu menyambung perbualan dengan papanya.

"Tak apalah, papa. Giena rasa mengantuk pulak." Tuan Mushiro menggeleng perlahan. Nampak sangat ada masalah yang dihadapi anaknya.

"Hmm. Eloklah tu, lagipun dah tengah malam ni."

"Macam menghalau je." Giena menyindir perlahan namun itu hanyalah gurauan.

Giena menghampiri pintu bilik dan menjejak kakinya untuk keluar dari bilik.

"Papa tu jangan tidur lewat sangat. Nanti sakit." Sebelum menghilangkan diri disebalik pintu, sempat lagi dia menasihati papanya.

Dalam perjalanan menuju kebiliknya, Giena tersenyum kecil. Otaknya sekarang lebih menumpukan kepada seseorang. Sebaris nama yang bisa membuat dirinya susah untuk tidur dan terus menjadi igauan dalam mimpinya.

"Slining.." Disaat itu, Giena tersenyum lebar.

***********








Dengan wajah yang masam mencuka, Lieana tetap menghampiri lelaki yang tersenyum sambil melambai-lambaikan tangan kepadanya disebuah restoran makanan jepun.

'Aah..menyampahnya!' Sempat lagi Lieana membebel sebelum melabuhkan punggup disebelah lelaki itu.

"Ada 'hadiah' tak?" Lieana menjeling manakala lelaki itu mengangkat kening dengan tanda pelik? Hadiah apa?

"Hadiah apa?" Lieana membulatkan matanya dihadapan lelaki itu. Sakit ke apa si Ricky ni?!

"Rick, kau ni salah makan ubat ke?"

"Hah?" Dengan otak yang berserabut, Ricky hanya mampu menggaru kepala. Pelik dengan sikap Lieana.

"Kau ni dah blurr la Rick. Selalunya kalau kau jumpa aku, mesti je ada perkataan sinis yang keluar dari mulut kau." Kali ini Rick hanya mampu mengukir senyuman. Itu maksud Lieana sebenarnya. Baru dia tahu.

"Kau nak alku bersikap macam tu ke?" Dengan kening terangkat Rick memandang Lieana dengan mata menawan dan senyuman mewahnya.

Sepantas kilat Lieana menggeleng. Siapa mahu orang asyik menyindir je. Dengan perkataan yang tak sedap didengar pulak tu.

"Tahu pun, jadi jangan tanya macam tu lagi. Faham!" Lieana hanya mengganguk. Ricky Arizen memang sah sakit. Tone suara Ricky kali ni memang merdu dan lembut. Lembut sangat. Boleh cair aku! Semapt lagi hati Lieana berdesis sebelum pelayan restoran datang.

*********
20 Years Ago..




"Che Reen, baik awak berhenti lakukan ini semua! Umur awak masih muda dan masih jauh lagi perjalanannya."

"So? Salah ke aku nak tamatkan riwayat orang macam kau?!" Handgun dihalakan tepat pada dada perkasa suaminya. Senyuman sinis dilemparkan untuk kali terakhir.

"Kalau Ricky tahu yang sebenarnya kau pengkianat dalam keluarga kita, aku yakin dia akan membenci kau seumur hidupnya!"

Damn..

Satu das tembaka dilepaskan tepat pada dada Evan Arizen, ketua kongsi gelap dunia yang paling mahsyur.

"Come on lah, Evan. Kita sama-sama tahu yang Ricky tiada disini. Pada waktu begini dia sudah ada dirumah Jackline, bukan?" Tanpa sedar, Evan mengorak senyuman.

"Siapa yang beritahu kau?!" Dengan wajah kepura-puraan Evan menanyakan kembali walaupun sebenarnya berita itu tidak benar sama sekali.

"Well, aku ada spy sendiri!" Wajah angkuh Che Reen meluatkan Evan. Handgun diberi perhatian sekali lagi. Kali ini sasarannya pada kepala suaminya.

Ricky yang menyaksikan adegan kekejaman seorang wanita yang bergelar mama mulai merasakan api kemarahan dalam dirinya. Pistol yang diberi oleh papanya, Evan masih kemas ditangannya.

Pistol yang digengam mula berubah arah. Sasarannya pada ibunya sendiri!

Dari hujung kaki hinggalah ke kepala, perasaan dendam terus tersemat dalam hatinya. Perbualan mama dan papanya masih lagi kedengaran. Sembunyi dalam bilik stor separuh terbuka memang posisi yang untuk menyerang musuh dari belakang.

Evan mula merasakan sakit yang teramat sangat pada setiap penjuru tubuhnya selepas ditendang kuat oleh isterinya sendiri, Che Reen.

Che Reen mula bengang apabila Evan masih lagi sedaya upaya menahan setiap urat nadinya berhenti berdenyut. Masa semakin suntuk manakala Evan dengan pertahanan yang bisa roboh tidak lama lagi.

Handgun disasar kantepat pada kepala suaminya.

Sasaran tepat! Ricky berbisik perlahan. Tiada perasaan gerun atau belas kasihan ketika mahu membunuh mamanya sendiri.

"Say good bye Evan!"

"Say good bye too for you Che Reen" Ricky melepaskan satu das tembakan yang tepat mengena kepala mamanya.

Damn..

Disaat meledakknya peluru itu, Ricky terlupa sama sekali, wanita yang dianggap musuh, wanita yang ingin dibunuhnya adalah seorang wanita yang bersusah payang menggandungkannya selama 9 bulan. Ynag melahirkan dan mendodoikannya dalam keadaan sakit. dia terlupa semua itu!

Evan tersentak! Tubuh Che Reen perlahan-lahan tumbang lalu menghempap lantai. Cecair merah pekat keluar berpusu-pusu dari kepala isterinya. Mata Che Reen terbelalak keluar. Sungguh menakutkan!

"Ricky!" Evan mendapatkan tubuh anaknya yang baru keluar dari tempat 'persembunyian'. Lantas dipeluk erat-erat. Meskipun kesakitannya membatasi daya badannya, dia tidak kisah. Yang penting dia dapat memeluk anak kesayangan yang bakal mewarisi Villa Mouksin miliknya.

Ricky menolak tubuh papanya dengan kasar. Lantas kakinya mencapai telefon lalu mendail nombor seseorang.

Evan terpana. Dia hanya mampu memerhati. Tidak sangka sekali anak lelakinya yang berusia 10 tahun sebijak itu! Memang manakjubkan!

"Hello, auntie.."

************

"Sasaran dikenalpasti, tuan!" Lelaki tua berkaca mata hitam itu hanya memrhati dari tingkat atas MidVilley.

"Pastikan betul-betul mengena dan dia mesti mati!"

"Baik, Rouger and out!" Mikrocip yang dipasang pada telingannya dimatikan. Kini, dia hanya perlu memerhati. Anak-anak buahnya sudah sedia melancarkan serangan kepada lelaki itu.

"Ingat, jangan pedulikan orang ramai. Jalankan saja misi kita!" Lelaki lingkungan 30 an itu memberi arahan tegas. Mahu secepat mungkin misinya terlaksana.

"Baik, tuan!" Penembak-penembak profesional yang terdiri dari 3 orang itu hanya tersenyum sinis.

Slining hanya memerhati dari jauh gerak geri lelaki itu. Dari pusat yayasan hinggalah ke mall ini, sedikit pun lelaki tiu tidak menyedari kehadirannya. Memang tidak cekap! Matanya beralih kearah tingkat atas. Slining sedaya upaya berselindung dari penglihatan pasukan penembak profesional itu. Dia akan menyelamatkan Adam sebelum terlambat!

Kini matanya beralih kepada kanak-kanak yang mengelilingi Adam dan lelaki itu tidak ubah seperti badut!

"Ready!!" Lelaki ber'kot' hitam itu memberi arahan. Penembak-penembak profesional tadi siap menyasarkan sasaran.

"Now, time you to died, Adam!" lelaki itu berbisik perlahan.

"Tembak!!!"

********

p/s : maaf kalu tidak puas hati, saya baru habis baca buku jadi otak pun tengah blurr sikit. Terima kasih baca karya saya.. (^_~)

Jumaat, Ogos 07, 2009

Serabut otak..tengah tak berfungsi nie...

Salam semua..dan salam satu Malaysia..hehehe

Sebenarnya, aku tak tahu la nak tulis ape TETAPI.. aku nak minta pendapat korang tentang sambungan Secret Sociaties. Aku tak de idea langsung nak menulis..ha, itu baru satu, yang keduanya.. aku malas nak menulis.. Kerja sekolah dah banyak bertimbun.. asyik nak menulis je.. Buat english menulis gak, (karangan punye la) Bahasa melayu pon menulis gak..Sudah pening saya..

Aku nak bagi tahu sesuatu. Masalah ni memang BUKAN DISENGAJAKAN! Beri perhatian kepada 'bukan disengajakan'! Tajuk sebenarnya cerita kongsi gelap ni, Secret Societies..bukan Secret Sociaties. Perbezaan antara 'a' dan 'e'.. Aku pn tengah pening nih..tak tahu nak buat mana satu nih..Serabut-serabut....

Before kemalasan aku menjelmakan diri..aku nak tanye akak-akak semua yang sudah lepas UPSR dan sebagainye..aku nak tanye tip-tip untuk berjaya...Sekarang nih..semakin dekat peperiksaan. semakin aku suka main..suka berangan tak tentu pasal.... Selalunye time berangan aku dekat rumah je..sewaktu aku nak tido..(Hai..nak berangan pon kena ade time ke??) Tetapi.... Sekarang, time cikgu tengah mengajar tulah time berangan aku..dah tak kira..balik sekolah pon berangan lagi.. (Teruk sangat kan aku ni!)Berangan dan aku memang dah tak boleh dipisahkan.. Sesiapa ada tip untuk menjauhi berangan?? tolonglah sedekah kan ilmu tu kat aku.. Aku amat memerlukan...okey la..kemalalasan sudah datang nih..

Selamat bye-bye semua..selamat bye-bye satu malaysia..(ahaks..tak tahu nak tulis apew lagi)

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Jumaat, Julai 31, 2009

Hate 2 -The Princess and The Taiko



-The Princess and The Taiko-

Lieana berdiri menghadap tingkap yang menyaksikan kesesakan kota Kuala Lumpur. Kuala Lumpur yang terkenal dengan Menara Berkembar Petronas itu langsung tidak menarik perhatiannya. Sebenarnya dia sedang menunggu panggilan seseorang. Satu keluhan berat dikeluarkan di bibirnya. Sejak dari semalan ornag itu tidak menelefon untuk bertanya khabar! Nampak sangat tidak prihatin! Perasaan mahu menghubungi dahulu masih ada namun sepantas kilat lenyap apabila dia sedar lelaki itu pasti akan menyindirnya! Harap saja lelaki namun umlaut pedas macam perempuan! Dan dia tidak mahu kalah lagi ditangan lelaki itu.

Ting…tong…

Bunyi lonceng yang bergema membuatkan Lieana tersenyum sinis. Cepat saja bibirnya mengukir senyuman sebegitu! Kakinya segera bergerak ke pintu hotel, dimana sekarang tempat penginapannya. Sebaik saja membuka pintu, pelayan hotel itu menyapanya dengan senyuman manis. Dikeluarkan surat khabar lalu diberikan kepada Lieana. Selepas memberikan tip kepada pelayan hotel tersebut, Lieana menutup pintu dengan senyuman yang tidak bisa ditafsirkan oleh orang lain. Disandar sebentar pada pintu bilik hotel itu. Senyuman sinis masih lagi belum pudar dari bibirnya.

Matanya terancap kepada surat khabar yang tentera ‘Harian Metro’. Bahagian depan muka surat khabar itu dihiasi dengan perkataan ‘Pembunuhan misteri’. Wajah mayat yang bergelimpangan dengan darah disekelilingnya membuat kan Lieana tersenyum lebar. Itulah wajah pemandu teksi yang dibunuh nya semalam. Kejadian 12.30 pagi tadi menyerbu masuk ke kotak fikirannya. Lieana ingat lagi lelaki itu merayu dan reaksi mukanya. Itu yang membuatkan dia seronok untuk bermain permainan seperti itu lagi. Dan itu juga salah satu factor kenapa dia mahu menyertai arena kongsi gelap! Siapa sangka, disebalik wajah ayu nya, dia adalah seorang manusia yang kejam! Seorang gadis yang berusia 20 tahun, yang bakal jadi The Taiko! Dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan!

Surat khabar itu dicampak ketepi. Sudah cukup memandai melihat orang yang dibunuhnya terpampang dimuka depan surat khabar. Direbahkan badan ke katil empuk itu. Matanya cepat saja mahu layu. Bunyi deringan telifon bimbit berjaya membuka kembali matanya yang mahu terlelap. Lieana agak sedikit merungut kerana waktu begini si pemanggil itu mahu kacau. Kalau di ikutkan hati dia tidfak mahu jawab namun kalau lelaki itu telefon, bagaimana?! Sepantas kilat matanya kembali segar lalu bergerak menghampiri sofa berdekatan.

**************

“Lieana!” Rick menghela nafas berat sambil memandang makanan yang tersedia di atas meja. Makanan itu langung tidak dijamahnya. Surat khabar di sebelahnya diselak. ‘Pembunuhan Misteri’ yang terpampang di akbar memang dia sudah tahu pembunuhnya.Siapa lagi kalau bukan gadis yang masih lagi sunyi sepi ketika ini. Dari tadi dia sudah memujuk Lieana namun masih tiada respon yang kedengaran.

Pengawal peribadinya sudah mula pasang telinga dengan perbualan pujuk memujuk si Taiko! Penat dan malas sebenarnya dia mahu memujuk namun dia tiada pilihan lain! Mungkin Lieana masih marah ketika ini atau mungkin sedang merajuk dengan dirinya. Tapi lagi sekali dia tidak punya pilihan lain! Dia terpaksa memberitahu Master Juan-Nin dimana Lieana menetap. Master Juan-Nin yang menjaganya selepas kematian ketua kongsi gelap dunia, papanya, Evan Arizen!

“Lieana, please say something!” Rick masih lagi memujuk. Tidak mahu gadis yang banyak menolongnya menyepi dan tidak mahu bercakap dengannya. Mata Rick meliar disekeliling. Pengawal yang berada disekelilingnya sedikit sebanyak merimaskan The Taiko! Mahu saja dia memarahi Lieana atau terus menutup panggilan namun bagaimana kalau Lieana tidak mahu lagi bekerjasama dengan dia? Pemikiran gadis ni bukan boleh dijangka! Cepat berubah fikiran dan mistik!

Tangan The Taiko sudah beri isyarat supaya beredar dari ruangan makan namun satu pun tidak dapat menangkap maksud Ketua mereka menyuruh pergi dari situ! Nampak sangat tengah melayan perasaan sambil memasang telinga. Atau mungkin juga sememangnya blur! Tidak tahu bahasa isyarat!

“Go away from here!!” Rick berteriak kasar. Masakan tidak dapat tangkap maksudnya supaya pergi dari sini! Pengawal yang tadinya tengah blurr dan yang tengah layan perasaan, sepantas kilat pergi dari situ. Terkejut pun ada dengan tengkingan The Taiko mendadak! Mana tahu, mereka tamat riwayat disitu!

Lieana yang mendiamkan diri dicorong telefon tersentak. Wajahnya yang masam mencuka terus berubah menjadi terkejut. Terkejut dengan teriakan Rick yang tadinya lembut. Lieana tahu yang lelaki itu sedang bengang dengan anak buahnya. Masakan sampai setengah volume suara dilepaskan dari anak tekak. Lieana menghela nafas! Dia tidak patut merajuk jauh sekali untuk marah! Kerana pujukan Ricky Arizen, Dia dapat tinggalkan Negara Jepun. Tanpa Rick dia tidak dapat melihat Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang selama ini di agung-agungkan mendiang mamanya.

“Janganlah marah-marah! Kesianlah sikit anak buah tu! Orang dengar pun gerun tau!” Akhirnya Lieana bersuara. Sebenarnya dari semalan dia tidak tahan mendengar suara Rick yang lembut apabila berbicara dengannya. Merdu sekali suara Rick ditelinganya. Lieana rindu! Rindu dengan suara Rick, bukan orangnya! Orangnya memang tidak patut di rindui kerana jarang untuk senyum. Dia akui senyuman Ricky Arizen memang bisa mencairkan hati wanita namun bukan dia. Dia hanya pernah melihat senyuman itu ketika di jepun, tahun lepas. Ketika itu Rick tidak segarang ini. Yalah, dia baru berusia 19 tahun!

Tanpa sedar, Rick tersenyum mendengar suara Lieana. Gadis yang bukan calang-calang orang! Gadis yang manja tapi garang seperti papanya. Perangai panas barannya tidak ubah semacam Master Juan-Nin!

“Ada pun suara! Ingat dah bisu.” Sindiran dari Rick memang memanaskan telinga! Sakit sekali mendengar sindiran sedemikian rupa! Namun, itu baru saja permulaan. Selepas ini pasti ada perkataan yang lagi dahsyat sinis dari ini!

“ Kenapa Rick bagitahu papa yang Lieana tinggal di hotel! Rick ni memang tak reti simpan rahsia betullah!” Lieana meluahkan sisa-sisa amarahnya! Tidak kesemua kemarahan itu reda!

“Sukahati la! Perempuan memang kuat merajuk!” Sindiran dari Rick menaik kan kemarahan Lieana! Berasap otaknya di katakana begitu! Memang melampau!

“Sorry to say, You so NASTY! Tak ada perasaan! Dah la tak reti nak pujuk! Menyakitkan hati adalah!” Lieana terus saja menyerang Rick dengan bahasa kasarnya. Memang geram sangat dengan orang yang tidak reti memujuk ini!

“Yeah, saya memang tak de perasaan pun!” Jawapan sinis dari Lieana dijawab dengan tenang oleh Rick. Jawapan yang keluar dari mulut Rick memang menyakitkan hati! Memang dasar tidak punya perasaan! Dan itu memang membuatkan Lieana sakit hati!

Lieana mengetap gigi! Geram dengan jawapan selamba dari Ricky. Kalaulah Rick ada dihadapan mata, mahu tenat si Rick dengan tendangan flying kick percuma dari dia! Bisa-bisa terus koma!

“Whatever!” Lieana menjerit! Handphone dibaling ke dinding kamarnya sehingga pecah! Tiada lagi suara Rick yang betul-betul menyakitkan hati! Memang Ricky Arizen tidak pandai memujuk hatinya. Sudah la memberitahu papanya dia tinggal dihotel mana! Kemudian menelefon dia pun masih lagi kedengaran suara sinis yang langsung tidak merdu! Bertambah sakit hati adalah! Bukan menyejukkan hati!

Bengang hatinya memang tidak dapat diredakan ketika ini!
Lieana mengorak langkah menuju ke pintu. Niatnya hanya satu! Mahu keluar bersiar-siar daripada terus terperap di istana neraka milik papanya! Nama saja villa tapi besar mengalalahkan singgahsana raja! Lieana keluar dari kamarnya dengan hati yang sungguh bengkek! Lihat saja kau Rick! Kalau aku jumpa kau, aku akan pastikan kau kena BOM dengan aku! Hatinya berbisik sinis dan pada masa yang sama, ledakan ketawanya kedengaran.

******************** ~ Memory love Lieana part 1~

Restoran Sri Mewah sesak dengan kehadiran para pelanggan. Maklumlah, waktu lunch sudah tiba, sememangnya restoran ini yang akan di banjiri orang ramai! Tambahan pula restoran ini tidak berapa jauh dari sebuah syarikat! Jadi, tidak mustahil restoran ini yang akan penuh dahulu.

Dari penjuru restoran, seorang lelaki hanya duduk menongkat dagu. Masih rungsing dengan masalah peribadinya bersama masalah pejabat! Memang dah tak boleh beza sekarang ni! Sakit kepala!

“Mengelamun ke?” Tersentak terus Adam dari lamunan! Tak sangka perbuatan mengelamun dia dapat disedari orang! Dah kira teruk sangat la tu! Wajah comel Memey menjadi tatapan Adam. Tak sedar Memey yang menyapanya tadi!

“Memey rupanya! Ingatkan siapa?” Adam tersenyum manis. Matanya dilarikan melihat adegan-adegan manusia. Matanya tertumpu pada seorang gadis yang dari tadi asyik mengomel. Sempat lagi dia dengar setiap petah bicara gadis itu berkata-kata.

“Siap kau! Nanti aku kerjakan kau puas-puas! Nak merasa sangat flying kick aku! Silap haribulan kau terus koma! Bersedia kau Rick!”

“Adam?! Kenapa ni?” Setiap petah bicara gadis itu memang lucu nampak sangat tengah marah dengan manusia bernama Rick! Namun senyuman nya terhenti apabila Memey pula yang masuk ‘line’. Adam masih lagi dengan muka selambanya. Kening diangkat menatap wajah Memey.

“Tak kan la berangan lagi? Memey ada kat sini pun tak nak layan! Kalau macam tu nak masuk la juga dalam angan-angan Adam!” Memey melihat wajah Adam. Lelaki ini memang nampak lain hari ini. Adam hari ni tak cakap banyak, lebih suka mendiamkan diri sambil termenung!

"Dengar macam menyindir Adam je? Kalau nak join, masuk je la. Masuk dalam angan-angan Adam." Adam cuba menyakat gadis comel itu. Bukan apa, sengaja nak buat muka Memey memerah seperti kacang merah. Namun disebalik itu, Memey memang nampak comel. Ya, comel sekali!

"Bukan itulah maksud Memey! Memey nak tahu apa yang Adam mengelamun tu!" Memey berkata manja. Sementara itu ada yang memerhati dengan muka jelik dengan gelagat mereka. Seperti sang kekasih bermanja-manja. Itu yang amat jelik dimata nya.

Langkahnya diatur menuju ke kereta mewah yang tidak berapa jauh dari situ. Geram sekali hatinya melihat adegan yang tidak diingini di depan mata. Sepatutnya aku yang berada dengan Adam! Bukan kau Memey! Dasar manusia hipokrit! Hatinya berbisik jahat. Geram dengan Memey yang menggunakan taktik kotor dalam merebut jejaka yang mereka minati! Gadis itu sudah tekad! Dia akan membuatkan Memey menunjukkan belangnya dihadapan Adam! Itu yang dia akan rancangkan!

*************** ~Memory Love Lieana Part 1~







Lieana hanya memandang deretan kedai-kedai serbaneka dengan pandangan yang kosong. Bosan rasanya apabila tiada orang yang menemani disisi. Kepalanya digaru perlahan. Sebenarnya kepalanya langsung tidak gatal tapi buntu dengan keadaan disekeliling. Baju warna putih dengan skirt warna merah memang orang sudah tahu yang dia sebenarnya pelajar seorang menegah 'SquadQueen'. Baju sekolah menegah Jepun yang lain daripada lain. Lieana perasan ada ‘mata-mata’ orang ayahnya yang mengekorinya. Namun tidak diendahkan walaupun agak rimas dengan situasi itu! Beg yang disandang dicapai lalu dicampak diatas bangku yang berdekatan.

Lieana terus saja duduk diatas bangku yang berdekatan. Matanya meliar kearah jalan raya yang sedang sibuk dihadapan mata. Diraup mukanya dengan sapu tangan yang sudah tersedia ada ditangan kanannya. Rintik-rintik peluh turut disapu dengan sapu tangan itu. Matanya sempat mencuri-mencuri tengok ‘mata-mata’ ayahnya yang tidak berada jauh dari situ!

Tanpa disedari, ada juga mata yang memerhati gelagatnya yang dirasakan lucu. Jalan tanpa hala tujuan dan buat tidak tahu dengan pengawal-pengawal yang bersembunyi melindungi Lieana. Lebih-lebih lagi dengan raut muka selamba dari Lieana. Kepalanya cepat saja memproses rancangan untuk Lieana melepaskan diri dari pengawal-pengawal itu! Sebentar kemudian, senyuman manis terus saja terukir. Otaknya langsung tidak menghampakan nya!Pantas saja kakinya menuju kearah Lieana dan menyambar secepat mungkin tangan lembut milik gadis itu.

Lieana tersentak! Dia merasakan tubuhnya diseret secepat mungkin! Otaknya tidak dapat memproses apa yang berlaku. Pengawal-pengawal yang bersembunyi tadi tutut tersentak namun bayangan mereka hilang begitu saja seperti disambar kilat. Tidak dapat menjejaki

Dari lorong yang gelap, Lieana tidak dapat mengecam siapa yang sedang memeluk erat pinggang nya kini. Namun dari bauan yang dipakai oleh manusia dihadapannya dapat ditangkap. Dia kenal bauan ini!

"Kimi Aishi Teru.. ( I LOVE YOU )!" Gemersik sekali suara lelaki itu diteliga Lieana. Sungguh merdu dan bisa mencairkan hati mana-mana gadis. Lieana dapat rasakan bibir lelaki itu basah mengenai bibirnya. Dia terpegun disitu tanpa berbuat apa-apa. Gila memang benar-benar gila!

“Anderson!” Mulutnya sempat lagi berkata-kata. Anderson akan pergi?! Dari suara lelaki itu, Lieana tahu lelaki itu sedang sedih! Lieana juga sedih kerana keesokan harinya dia tidak akan dapat lagi mendengar bisikan lembut sebegini.
Hatinya menangis tanpa dipinta. Dirinya jatuh dalam dakapan lelaki itu tanpa disedari. Dia tahu lelaki itu akan pergi! Petang nanti lelaki itu akan pergi mengikut ibubapanya ke Rusia. Gadis mana tidak sedih, kekasih hati akan pergi meninggalkan dirinya.

"Don't cry! You always my beloved girl!'' Anderson melahirkan kata-kata yang tulus ikhlas lahir dari lubuk hatinya kepada gadis yang dicintai. Dia juga tidak mahu berjauhan dengan gadis itu namun itulah takdir cinta mereka. Mereka hanya akan berpisah selama 5 tahun. Namun 5 tahun seperti 500 tahun dipenjara rindu bagi Lieana dan Anderson. 5 tahun bukanlah jangka masa yang singkat!

Dam!!

~Anderson say~
Cinta takkan pernah mati! My little Princess, uzinkan saya pergi! Walaupun kita tidak akan berjumpa selamanya, awak akan sentiasa menjadi oaring kasayangan saya! I love you…My little Princess..

Hate 1

~ Killer ~

Bulan kelihatan terang cerah pada malam itu. Bintang-bintang bertaburan dengan kilauan nya yang memikat hati. Dari atas langit, Bulan seolah-olah tersenyum senang menyambut ketibaan ratu nya. Angin pula mendinginkan seisi alam dan unggas malam bernyanyi merdu. Alam seolah-olah mahu berteriak melihat ketibaan seseorang yang baru dibenarkan keluar dari pengawal imegresen.

Malam itu Kuala Lumpur International Airport tidak lengang lagi dengan kehadiran para penumpang. Sesak jalan raya dengan kehadiran ahli-ahli bangsawan yang lengkap dengan pakaian seragam hitam yang dikhas kan menjemput seseorang. Dengan lenggok tubuhnya yang gebu tidak susah dicari oleh para bangsawan. Rambutnya hitam pekat seperti langit malam dan raut mukanya putih mulus. Wajahnya bersih dengan dandanan make-up namun langsung tidak mencacatkan mukanya bertambah lagi dengan natural yang dimiliki.

Gadis berdarah melayu-jepun itu berjalan tenang sambil menarik bagasinya. Para bangsawan tadi mula memberi laluan dan tunduk hormat kepada gadis tadi apabila lalu dihadapan mereka.
Gadis tadi hanya melihat dengan ekor mata. Tidak menunjukkan apa-apa reaksi melihat mereka semua. Secebis senyuman pun tidak dihadiahkan kepada mereka yang menunduk hormat.

Skrit atas lutut dengan baju merah jambunya yang tidak berlengan itu menjadi perhatian seorang lelaki bangsawan yang lingkungan 50an. Matanya tidak lepas memandang gadis itu yang berjalan dihadapanya tanpa muka beriak. Gadis itu tidak mempedulikan sesiapa termasuk lelaki tua itu.

"Lieana" Lelaki tua itu menyapa. Tersenyum lebar menampakkan giginya yang kuning-kuningan akibat terlalu banyak menghisap rokok. Lieana berhenti dihadapan lelaki tua tadi dengan muka biasa. Sekuntum senyuman pun tidak dihadiah kan kepada lelaki tua itu.

“Yes, Dato’ Aminuddin. Can I help you?” Sambil menghela nafas yang berat. Lieana tetap menyapa lelaki tua yang bernama Dato' tadi.

"How are you? Lama dah tak nampak cik Lieana. Nampak cantik sekarang." Pujian itu seperti mahu menggodanya namun Lieana hanya mendiamkan diri. Tiada niat untuk menjawab.

“Cik Lieana, kalau tidak keberatan, bolehlah menumpang kereta yang tidak berapa mewah saya ni.” Dato’ Aminuddin mempelawa dengan rasa rendah diri. Sambil itu senyuman menggoda kepada Lieana, anak kepada Master Juan-Nin, warga jepun.

Dengan muka selamba Lieana berlalu dari situ namun Dato’ Aminuddin cuba menghalang. Hanya satu senyuman yang menampakkan gigi kuningnya membuatkan Lieana mahu muntah namun disimpan dalam hati. Takut Dato; dihadapan nya memberitahu perbuatan nya di Malaysia. Silap haribulan, dia kena pulang semula ke Jepun. Mahu naya apa!

Lieana mula tidak rasa senang. Tampak sangat lelaki tua itu mahu menggodanya dengan senyuman yang dihadiahkan. Namun senyuman itu bukan senyuman menggoda dimatanya tetapi senyuman yang sungguh jelik yang dia pernah lihat! Bagasi diletak tepi disebelahnya. Tangannya pula disilang ke dada. Masih diam memandang lelaki tua itu. Memerhati segenap inci dari muka hingga ke kaki. Dengan baju warna hitan tetapi bersama kasut merah menyala. Tidak ke menjelikkan!

Para bangsawan yang berada disitu sudah tidak menunduk hormat tetapi memandang tindakbalas dari Lieana. Nampak sangat gadis itu tidak suka. Kalau sudah tangan yang disilang ke dada, perasaan tidak senang mula bertenggek di hati. Salah satu dari bangsawan tadi memberi isyarat tangan kepada Dato’ Aminuddin menyuruh nya pergi dari situ namun tidak dipeduli kan oleh lelaki tua tadi. Semakin galak tersenyum adalah.

Lieana merenung luar pintu masuk lapangan terbang KLIA. Tersidai kereta emas milik Dato’ Aminuddin dihadapan pintu. Menyemak sungguh! Lieana berkata dalam hati. Menggelikan warna kereta itu lebih-lebih lagi sengaja diletakkan warna perak ditepi kereta itu. Nak tunjuk banggalah! Tambah menyampah adalah!

“No, thanks Dato’. Better I take cab.” Senyuman kurang manis dilemparkan kepada Dato’ Aminuddin. Geli sebenarnya melihat kereta seperti itu. Nampak sangat lelaki tua itu mahu tunjuk bangga. Menyampah!

Senyuman yang tereukir tadi bertukar muram. Tak sangka Lieana menolak pelawaannya. Dato’ Aminuddin hanya melihat saja Lieana menyeret bagasi nya sambil tangannya melambai kearah dia. Lenggokan tubuh Lieana hilang sekelip mata sebaik saja teksi yang membawa Lieana meluncur laju meninggalkan lapangan terbang KLIA.

Para bangsawan tadi mulai beredar menuju ke kereta masing-masing. Nampak sekali anak gadis Master Juan-Nin sungguh berlagak dengan mereka! Mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Seorang lelaki dengan pakaian pemandu menegur Dato’ Aminuddin. Sebelum itu sempat lagi matanya melilau mencari anak majikan tuannya.

“Maaf Dato’, mana cik Lieana?” Dato’ Aminuddin memandang bengis kearah pemandu tersebut. Kemungkinan itu adalah pemandu Lieana. Pemandu itu sudah menampakkan muka ketakutan melihat wajah bengis Dato’ Aminuddin. Tiba-tiba, idea jahat mulai timbul dipermukaan otaknya. Terus saja lelaki tua itu tersenyum kearah pemandu tadi. Dengan agenda tersendiri, lelaki tua itu mula menjadi baik. Dasar manusia bertopengkan syaitan!

********************

“Yes miss. Whera you want go?” Petah sekali pemandu teksi itu berbahasa English. Senyuman manis mula terukir dibibir pemandu teksi tersebut. Rambutnya sengaja di ramas-ramas. Mahu gadis itu menumpukan perhatian kepadanya. Namun matanya sempat lagi menjeling di belakang.

“Please return me to Kuala Lumpur, QueenSpark hotel.” Lieana berkata ramah. Namun tangannya ligat mencari sesuatu di tas tangannya. Posisi duduknya sengaja dibetulkan lebih-lebih lagi mata pemandu teksi itu tajam merenungnya. Nampak sangat miang! Handphone nya dikeluarkan dari tas tangan. Kemudian digengam erat-erat mengharapkan seseorang menelefonnya.

“What you name, miss?” Pemandu teksi tadi berkata sambil matanya tidak lepas memandang betis gadis itu yang sedikit terdedah. Sengaja mahu beramah mesra dengan pelanggan nya walhal fikiranya sudah mempunyai agenda lain. Agenda itu sedikit sebanyak mempengaruhi hatinya. Walaupun hatinya sedaya upaya menindakkan kerana mengangak perkara buruk akan berlaku.

“ Panggil saja Lieana.” Seraya itu senyuman manis dihadiahkan kepada pemandu teksi yang agak miang itu. Pemandu teksi itu agak terkejut dengan kepetahan gadis itu bertutur dalam loghat melayu. Namun senyuman nya bertambah manis. Semanis-manis madu namun pemikirannya kotor daripada sampah!

Dalam hati, Lieana sudah tersenyum sinis. Satu perasaan jahat mula menyelinap dalam hatinya kemudian menjadi sebuah pengakiran untuk menamatkan riwayat seseorang!Dan pada malam itu, bersaksi kan bulan dan bintang bersama seluruh isi alam akan melihat betapa kejamnya dia! Miskipun wajahnya seolah-olah baik namun tidak sebaik hatinya. Perlahan-lahan kegelapan mula menutupi ruangan hatinya.

*******************

Rick mengeliat kecil. Ditenung kamar besar yang menjadi tempat beradunya. Pada pagi yang indah ini sepatutnya menjadi kebahagian dia tapi sebaliknya. Sepatutnya dia bergembira pulang di negara tercinta ayahnya namun yang ada dalam kepala otaknya hanya dendam! Ya! Hanya dendam yang membalut otaknya sekaligus membeku isi hatinya. Kosong. Hanya kekosongan yang terisi dalam hatinya. Tiada sesiapa yang begitu percayai oleh Then Taiko kerana itulah ianya kosong!

Bilik sederhana besar yang dilengkapi dengan air-cond bersama perabot-perabot mewah langsung tidak menyedapkan pandangan Taiko itu! Hanya perasaan menyampah yang bertenggek dihati melihat semua kemewahan itu. Bukan kemewahan yang diminta! Bukan popular yang didambakan! Hanya seteguk kasih sayang cukup membuatkan dia menjadi orang yang paling bahagia di dunia ini!

Rick tersedar! Waktu sebegini sepatutnya sudah ada orng yang ambil alih tempatnya namun hanya ke cuaian kecil, semuanya sudah berantakan begini! Tidakkah itu keterlaluan! Sepatutnya seminggu lepas dia sudah melaksanakan rancangannya namun gara-gara Mick, anak buah yang langsung tidak berguna, sudah merosakkan nya! Dan sepatutnya awal-awal lagi dia tidak patut memberi tugasan besar itu kepada Mick! Dia memang bodoh! Sekarang ini, dia tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana masalah itu punca dari diri dia juga! Masalah itu akan dia ketepikan. Yang ada dalam kepala otaknya hanya rancangan rahsia nya!

“Lieana.” Tanpa sedar, bibirnya mengorak senyuman sinis. Lieana pasti akan menggantikan tempat dia sebagai The Taiko! Dia yakin dengan kemampuan satu-satu rakan gadisnya. Masakan tidak, gadis bernama Lieana itulah yang membantunya ‘menghapuskan’ pengkianat papanya! Mana bisa dia membunuh seramai 1400 orang jahanam itu dalam masa seminggu! Teramat mustahil sekali! Dan kerana gadis itu dia bisa memecahkan rekod sebagai ketua ahli kongsi yang terbaik abad ini!

Sebenarnya, seluruh arena kongsi gelap tidak mengetahui rancangan gila nya! Termasuk sahabat karibnya, Zanc! Bukan tidak mempercayai tapi sebagai langkah berhati-hati sahaja! Kalaulah ahli jawatan kuasa kongsi gelap mengetahui rancangan gilanya, mereka semua pasti akan berebut untuk menjadi Taiko! Rick tahu, ada pelbagai masalah akan timbul sebaik saja kehilangannya diumum kan dan Lieana akan menggantikan nya! Namun itu dia akan settle kan!
Dan hari ini biarlah dia berehat sepuas-puas nya sebelum berangkat pergi. Dan juga tiada sesiapa pun yang akan merosakkan rancangan gilanya! Itu dia akan pastikan! Jika ada pun, dia akan menghapuskan secepat mungkin orang itu termasuk Zanc!!

‘Lieana, hope you can do it!’ Hatinya berbisik senang bersama berlalunya angin pagi yang mendayu-dayu pergi. Esok saja tiada sesiapa pun yang bisa mengesan dirinya dan di saat itu dia akan menghilangkan diri. Hanya Lieana saja yang akan menyelesaikan ‘misi’ mereka! Walaupun agak melulu, namun anak master Juan-Nin itu tidak boleh diperlekehkan! Dia akan membunuh sesiapa saja tanpa belas kasihan! Berlainan dia! Dia mempunyai perasaan simpati sebagai The Taiko! Pelik bukan?!
Dan pada itu, senyuman The Taiko paling manis dihiaskan dibibir nya. Matanya dipejam dengan senyuman yang langsung tidak lekang dibibir.

p/s: Mungkin pelik sikit. Saya ubah sikit jalan ceritanya kerana agak cepat dan membosankan. Hope you all enjoy!!

Hate 1 -Prolog-

~ Prolog ~

Awan yang gelap disertakan guruh berdentum sangat mendukacitakan matahari. Awan yang cerah tadi sudah mula bertukar warna sebaiki saja kemarahan seorang Taiko Kongsi Gelap mula kemuncaknya. Diluar kilat mula sambar menyambar seperti sedang saling salah-menyalahi. Taiko yang kemarahan nya sudah tidak dapat dikawal tadi menghempas barang-barang yang ada disekitar dirinya.

Ditangan sebelahnya menggengam sepucuk pistol yang terkenal dalam era sekarang. Matanya sudah merah menyala memandang semua anak buahnya. Penghawa dingin yang dipasang pada aras yang agak sejuk langsung tidak mendinginkan manusia-manusia yang berada di dalam mansion itu.

Pistol yang digengam oleh Taiko tadi kini discukan kepada salah satu anak buahnya. Semua yang berada disitu sudah menggigil kerana ketakutan. Peluh-peluh sudah mula menitik. Kemarahan The Taiko sudah mula dirasai. Bahang yang semakin panas menambahkan lagi ketakutan dalam diri anak buah kongsi gelap sekaligus menundukkan wajah mereka. Mereka semua sudah masak sekali dengan perangai Ketua mereka. Pantang sekali melihat kesalahan yang disengajakan! lebih-lebih lagi masalah itu semakin besar, tidak reda dari seminggu lepas.

"Kenapa korang semua lepas saksi kepada Alias! Korang semua memang sengaja nak buat aku marah! Sengaja nak buat aku bunuh korang semua! nak ke aku bunuh korang semua!?" Serentak itu ratusan anak buah kongsi gelap menggeleng terutama orang yang pistol The Taiko acukan. Alias pengkianat papa kepada The Taiko yang selama ini dicari. Dan saksi kepada pembunuh Alias sudah pun melepaskan diri. Namun bukan itu yang merungsingkannya.


"I am sorry, sir! I don't think he so smart. And i think he can't freed from we all." Manusia yang The Taiko acukan pistol mula bersuara. Ingin membela dirinya tidak bersalah. Namun itu lagi menambahkan kemarahan The Taiko.

Dhomm..

Satu tembakan dilepaskan tepat mengenai betis kiri lelaki tersebut. Semua yang ada disitu tergamam spontan mengangkat wajah mereka manakala lelaki yang ditembak oleh The Taiko mengaduh kesakitan kemudian terjelupuk jatuh. Darah merah pekat mula membasahi lantai yang kristal itu. Kesakitan anak buah nya itu hanya disimpan dalam hati.

"Aku tak suka ada orang yang beri alasan hanya semata-mata ingin membela dirinya. Dan aku paling tak suka dengan alasan! Korang semua faham!" The Taiko berkata tegas! Matanya sudah menyala merah ibarat 'sicindai' mengilai.

"Yes, sir!" Serentak itu ratusan anak buah kongsi gelap bersuara. Bergema seluruh mansion itu dengan suara anak buah kongsi gelap termasuklah lelaki yang telah ditembak oleh The Taiko tadi.

"Bagus! Aku nak korang semua sediakan kapal terbang peribadi aku. Sejam dari sekarang kita akan terbang ke Malaysia! Faham!" Suara The Taiko sudah mengundur namun masih ada nada ketegasan dalam setiap tutur bicaranya.

"And one more thing, balut luka kau tu Mick dan jangan ulangi kesilapan itu lagi!" Lelaki yang bernama Mick tadi mengangguk perlahan. Walau sejahat mana The Taiko, walau sekejam mana The Taiko, masih ada sifat mengambil berat dalam dirinya. Seluruh manusia disitu tahu dan masak sekali dengan perangai The Taiko yang kejam tapi caring.

Mereka juga tahu yang mereka tidak boleh membangkitkan kemarahan ketua mereka kerana sekali api amarah sudah menguasai diri The Taiko, alamatnya orang itu akan disemadikan di dalam kubur. Dalam usia 15 tahun, The Taiko sudah mula membunuh 1400 orang yang mengkianati ayahnya 20 tahun dahulu. Semua itu dilakukan dalam masa seminggu sahaja. Hanya pembunuh profesional saja yang bisa membunuh sebanyak itu dalam masa yang singkat!

Walhal, The Taiko tidak pernah menjalani latihan menembak. Dan dalam masa seminggu juga, namanya sudah gah dalam permainan ahli kongsi gelap sedunia dan sekaligus dicop sebagai ahli penembak terbaik di Asia.

************************

"Calm down Rick. Don't too violent to them. They all will scared!" Seorang lelaki bertubuh lampai menyapa The Taiko seolah-olah tidak merasai api kemarahan dan menyapa seperti The Taiko rakannya. Sikap The Taiko dari dulu hingga sekarang memang tidak pernah berubah. Tadi dia baru saja menyaksikan The Taiko bertindak berani selepas sebulan mendiamkan diri!

"You say don't too violent? If i do not violent to them, They all will oppose me! Like one month ago. I just quiet and i think they can solve this problem but now?!" The Taiko menggantungkan ayat. Matanya tepat memandang kearah rakannya, Zanc.

"If you want protect them, okey! But i will shoot you, Zanc!" Rick berkata tegas. Matanya sudah merah menyala semula. Dia langsung tak sangka temannya lebih menyokong anak buahnya melainkan dirinya.Dan spontan Zanc mengankat tangan tanda menyerah. Siapa yang tak kenal Ricky, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang menguasai arena kongsi gelap dalam umur yang sebegini muda. Dia akan buat apa saja jika ada yang berani menentang!

"Yelah aku kalah. Janganlah tembak aku. Nanti kau dah tak ada kawan. Kesian kau" Zanc menunjuk muka buruk bersama dengan wajah pura-pura simpati. Rick menggeleng melihat teletah satu-satunya rakan yang dia ada. Langkah nya cepat diatur ke bilik simpanan senjata bagi kongsi gelap.

"Hey Rick. Tunggulah! Aku nak tanya somentjing ni. Hey Rick!" Rick langsung tidak mempedulikan teriakan dari rakannya malah semakin laju langkahnya menuju ke bilik simpanan senjata.

"Rick betul ke kau nak balik Malaysia?! Hey Rick, aku tanya ni!"