Khamis, September 10, 2009

Muzik Cinta 1

Muzik 1

Bunyi unggas dan cengkerik yang berbunyi sedikit sebanyak meredakan hati seorang ibu yang gundah gulana. Kebelakangan ini anak tunggalnya menyepikan diri disuatu tempat. Sudah dijejak oleh pengawal peribadinya, sudah ditanya dengan rakan sahabatnya. Namun tiada seorang pun tahu anak gadisnya menyepi.

Bunyi deruman enjin yang masuk di perkarangan villa 'SunFate' berjaya membuatkan ibu itu berdiri lalu berlari ke arah pintu rumah. Dia harus berbincang hari ini!

Beg tangan yang menyorot ke lengan dinaikkan keatas bahu. Wajah lesu itu diraup beberapa kali supaya nampak segar. Rambutnya yang kusut masai dielus perlahan supaya lurus semula. Setiba di hadapan pintu, kasutnya dicabut lalu disimpan di rak penyimpan kasut. Punat loceng rumah ditekan. Sebentar kemudian, seorang wanita berusia 40an menjegulkan muka di hadapan pintu.

"Swan." Langkah kakinya automatik berhenti. Tidak jadi melangkah untuk menuju ke biliknya apabila ibunya memanggil.

"Ya, mama." Dari bunyi suara, Datin Safira sudah mengangak acuh tidak acuh saja jawapan dari tuan empu badan.

"Mama nak cakap dengan Swan sekejap." Lengan Swan ditarik menuju ke ruang tamu. Swan dengan langkah terkedek-kedek tetap mengikut ibunya menuju keruang tamu.

"Duduk." Dengan wajah yang lesu, langkah yang malas, Swan tetap juga melabuhkan punggung ke sofa empuk. Beg tangan diletak sebelah kanan.

"Kemana Swan pergi kebelakangan ini? Tahu tak mama risau." Datin Safira terus saja menyoal tanpa membenarkan anak gadisnya untuk merenggang otot-otot yang sedikit sengal.

"Pergi office la." Dengan wajah selamba, Swan membalas balik kata-kata mamanya. Meskipun dia tahu kemungkinan dia akan menjadi anak derhaka terhadap ibunya.

"Kenapa Swan jadi macam ni? Apa masalah Swan?" Lirih saja suara Datin Safira menyoal anaknya. Swan sudah berubah semenjak 3 tahun dahulu.

"Masalah Swan ada dengan mama. Mama tahukan kenapa Swan jadi macam ni." Suara tadinya yang acuh tak acuh menjadi terus keras. Ibunya seolah-olah membuka buku lama yang penuh kesakitan sekian kalinya.

"Apa maksud Swan? Mama ada buat apa dengan Swan?" Datin Safira memandang sayu kearah anaknya. Dia langsung tidak faham kenapa Swan menjadi degil sebegini.

"Mama, jangan nak buka lagi cerita lama. Mama tahu kenapa Swan jadi macam ni, so jangan pernah mahu mempertikaikan!" Nada suara Swan sudah berubah keras. Bukan niatnya mahu kurang ajar pada ibunya namun kedegilan dan kekerasan hati Datin Safira yang memaksanya.

"Kenapa sekarang Swan sudah biadap dengan mama? Mama tak pernah ajar anak mama macam ni!" Satu senyuman sinis terbit di muka lesu Swan. Kata-kata mamanya membuatkan hatinya seperti di ramas kelucuan.

"Mungkin mama tidak pernah ajar anak mama jadi kurang ajar. Tapi mama ajar Swan supaya jadi kasar dan pendendam!" Datin Safira tersentak. Muka Swan sudah menunjukkan tanda menyampah.

Datin Safira hanya mengiringi pemergian anak gadisnya dengan ekor mata dan sebak dihati. Swan sekarang sudah begitu kasar berbanding dulu. Swan, anak gadisnya yang dulu seorang yang lemah lembut dan penyayang orangnya. Tetapi sekarang? Adakah makhluk lain yang menyerupai Swan? Hati Datin Safira diragut pilu.

Satu persatu anak tangga yang dijejaknya menambahkan rasa muak dihati. Bukan dia bermaksud untuk malawan cakap ibunya. Apatah lagi membuat ibunya sedih dengan sikapnya. Tetapi dia terpaksa! Terpaksa memilih jalan ini. Dia sudah malas menjadi Swan yang selalu dibuli, Swan yang mengikut perintah orang tua dan Swan yang selalu lemah semangat. Dia sudah lali dan bosan dengan karektarnya yang dahulu.

Kini, dia menjadi Swan Nivera yang kejam. Bukan kejam membunuh orang. Tetapi kejam membenci orang. Membenci orang sekelilingnya membuatkan dia juga sakit namun itu realiti yang terpaksa dia jalani. Jika suatu masa dahulu, dia mengikut dan patuh kepada arahan kedua orang tuanya tetapi, hanya satu harapan dan kehendak hati miliknya yang mahu menyintai membuatkan dia jadi begini.

Sorry mama, Swan dah berubah. Sekarang tiada sesiapa lagi yang boleh buli Swan Nivera! Hati Swan melahirkan kata-kata yang membuatkan dia terlega sendiri. Lega kerana dia menjadi Swan yang tidak lemah lagi!

                                                                    ***********
"What problem with you?" Satu suara menyapa gegendang si jejaka. Namun respon yang diharapkan tidak sama seperti keadaan sekarang.

"Chris!" Kini, suara yang tadi separuh menjerit. Menjerit separuh geram.

"What the hell?" Si jejaka bernama Chris tadi bersuara sambil merengus kasar. Terkejut dengan sapaan itu.

"Aik? Aku pulak yang dipersalahkan. Lantak kaulah." Suara lelaki tadi mula bersuara kemudian berdiri untuk keluar dari restoran.

"Irfan, wait for me!" Terkedek-kedek Chris mengikut jejak langkah Irfan yang semakin cepat berjalan.


"Irfan!" Langkah kakinya berhenti mendadak. Nasib baik Chris tidak terlanggar belakang badan sasa milik temannya. Kalau tidak, sudah hidungnya sudah mengalirkan cecair merah pekat seperti hari-hari kelmarin.

"Kau ni cepat merajuk la, Irfan. Macam perempuan." Chris mengomel. Jejaka berbangsa English itu rupanya fasih berbahasa melayu. Jadi tidak mustahillah dia menetap di Malaysia.

"Aku tak merajuk la. Aku malas nak layan orang yang tak nak layan aku." Chris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tahap Confiuse sudah menjelma dalam otak Chris.

"Kau cakap ni berbelit-belit la. Lidah kau boleh tahan pulak."

"Ha? Tahan apa pulak ni?" Langkah kaki diteruskan. Orang yang lalu lalang disitu menyesakkan keadaan. Tangan kanan dimasukkan poket seluarnya. Tangan kiri memberi isyarat kepada temannya untuk mencari tempat berbual. Maybe di dalam kereta.

"Yelah, kau punya gaya percakapan tu berbelit-belit. Tentu lidah kau juga terbelit, kan." Pandangan Chris tentang ayatnya tadi membuatkan ketawa Irfan mahu meledak. Jauh benar la pandangan temannya nan satu ni.

"Lidah aku dah berbelit sampai terguling-guling, tahu." Irfan cuba bercanda.

"Really? Oh may god. Biar betul. Tak sakit ke?" Kini, tawa Irfan memang tidak dapat disimpan lagi. Terletuslah satu hilaian tawa dari Irfan di tengah kesibukan manusia yang lalu lalang. Adoyai, takkan dia percaya betul~

Muzik Cinta - Prolog -

-Prolog-
Alunan muzik yang mendayu-dayu sedikit sebanyak meruntun hatinya. Entah, kali ini lain yang dirasakan mengenai muzik. Selalunya tanggapan dia tentang muzik adalah teruk! Jahat sangatkan dia ni. Muzik sebegitu dianggap teruk. Tapi kali ini tanggapannya pula berubah. Lain dia rasakan saat ini.


Bunyi sorakan dan tepukan gemuruh dari para penonton mengejutkan Swan atau nama panjangnya Swan Nivera. Dengan pandangan mata yang terkejut, Swan memerhati disekeliling. Nampaknya masih ada lagi para penonton yang enak dibuai muzik tadi.


"Ya. Hari ini kita sudah disajikan dengan bunyi biola yang cukup hebat, kan. Berikan sekali lagi tepukan gemuruh untuk pemain tadi." Para penonton tadi bertepuk kuat. Kali ini lebih kuat dan bergema dari tadi. Swan juga tidak ketinggalan untuk memberikan tepukan yang kuat.


"Okey semua. Kali ini kita masih ada lagi 'Ratu Tarian' yang baru pulang dari New Zealand. Nampaknya penonton lelaki kita malam ini akan menjadi 'mabuk' sedikit dengan...lenggokan Casey." Selepas saja MC untuk malam itu menghabiskan kata-kata dewan menjadi gemuruh semula namun tidak gemuruh tadi. Para lelaki nampaknya sudah menunjukkan semangat manakala wanita sudah menunjukkan muka jeliknya. Kira menyampahlah tu.


Tanpa sedar, ada seorang gadis sudah mula bangun dari tempat duduk VIP nya. Entah bosan sudah kembali menjelma. Nampak sangat tidak suka persembahan yang bakal dipersembahkan sebentar lagi. Tangga yang dihiasi dengan karpet merah itu dijejaknya. Mahu menuju pintu keluar dari dewan.


"Cik muda, tunggu." Sebaik saja menjejakkan kaki ditangga yang keempat belas. Swan berpaling. Meskipun suara itu suyup-suyup saja namun telinga masih cekap menangkap suara pembantunya.


Sebentar saja, Ratu Tarian sudah memulakan tarian geleknya yang mengancam. Apalagi, terkeluarlah bebola mata lelaki melihat tubuh seksi Casey Neice atau nama komersialnya Casey. Si pembantu tadi sudah semput berlari-lari anak menuju ketuanya.


"Cik muda, nak pergi mana?" Semput yang dialami oleh pembantunya masih belum reda. Tercungap-cungap lagi.


"Yang kamu berlari ni kenapa, Aina?" Dengan suara yang sedikit keras Swan 'menyapa' pembantunya yang bercermin mata klasik.


"Maaf Cik muda. Cik nak pergi mana?"

"Balik." Dengan ayat yang sungguh ringkas dan padat, Swan dengan selambanya memusingkan badan lalu menaiki satu demi satu anak tangga. Sudah tidak peduli dengan pembantunya yang terpinga-pinga sendirian.

Aina menepuk dahi. Terlupa yang Cik mudanya sungguh dingin sekali dengan manusia disekelilingnya termasuk dirinya dan kedua ibubapanya. Dan hari ini dia terlupa sikap sebenar Cik mudanya. Tetapi kenapa? Mungkin juga tadinya dia melihat gadis itu menghayati baik alunan biola yang dimainkan oleh pemainnya? Aina menjungkit bahu. Semputnya tadi sudahpun hilang dan dengan selamba badaknya juga dia melompat-lompat satu persatu anak tangga yang berada disitu. Tidak kisah pandangan orang lain.

Swan terleka. Terleka dengan tangga yang dinaikinya. Dia punya rasa yang pelik sekali di dalam hati. Hati dan jiwa raganya tidak pernah suka muzik tetapi.. Tetapi tadi dia baru saja menghayati muzik dengan seluruh jiwa raganya termasuk hatinya sendiri. Aneh sekali!

'A'ah sudahlah. Itu hanya perasaan biasa.' Swan bermonolog sendirian di dalam hati. Perasaannya kini tidak dipedulikan lagi seperti hari-hari sebelumnya. Seperti saat-saat sebelumnya. Huh~
 
p/s : Aku just nak cakap yang cerita ni mungkin lambat di post kan disini. Kalian boleh lihat di blog baru kak Ara. Atau cerita ni lebih dikenali sebagai Bukan Cinta Biasa. Aku ubah tajuk ceritanya sebab not interasting la. Muzik Cinta..okey juga..hehehehe