Sabtu, Oktober 17, 2009

Muzik Cinta 3




Muzik 3

   Sebaik saja kerja-kerja pejabat disiapkan, lantas kakinya menuju ke almari pakaian. Singlet dan seluar pendeknya diganti dengan t-shirt lengan panjang dipadan seluar jean. Minyak wangi berjenama Boss itu meresap memenuhi kamarnya sekaligus mengeluarkan bau wangian.

   Handphone ditepi katil dicapai lalu menuju ke pintu. Namun belum sempat tombol pintu dipulas, lagu Touch My Hand nyanyian David Archuletta berkumandang minta diangkat. Direnung sebentar telefon bimbitnya sebelum menekan butang hijau.

  "Hello, Syazwan. Mama ni." Sebaik saja handphone ditekup ke telinga, suara pertama didengarinya Datin Amira. Mamanya. Suram saja wajahnya sebaik saja terdengar mamanya menelefon.

  "Hmmm.."

  "Wan, dengar tak mama panggil ni?"

  "Dengar.."

  "Habis tu, kenapa diam saja?!" Suara Datin Amira mulai keras. Bengang dengan suara acuh tak acuh anaknya.

  "Wan tengah tunggalah mama nak cakap apa. Sebab tulah Wan diam."

  "Huh.." Keluhan dilepaskan. Tak guna dia memarahi anaknya ketika itu. Nanti tak pasal-pasal dia juga yang merajuk. Irfan Syazwan tak mahu balik rumah. Bukannya dia tidak mengerti sikap anaknya itu. Bila dia merajuk, bukannya hendak pujuk malah menambahkan lagi sakit hati.

  "Wan, balik rumah malam ni. Kita makan sama-sama." Irfan terdiam. Alasan apa pula yang hendak diberi ketika ini? Sakit perutkah? Ke ada banyak kerja yang belum siap? Atau nak tidur awal malam ni? Or dah kenyang?

   Kreuk..kreuk..

   Perutnya mulai meragam. Lapar pulak. Semua alasan itu sudah diguna pakai dan tak akan diterima lagi oleh Datin Amira. Sesudahnya dia buntu. Kalau dia bersetuju, mamanya pasti akan menyerabutkan otak dengan pilihan anak kawannya. Anak Dato' semestinya. Tapi, kalau dia menolak, pasti perutnya akan diserang gastrik. Ah! Pening.

  "Wan, dengar tak apa mama cakap ni? Takkan la dah tuli."

  "Mama, err..hari ni Wan tak boleh la. Ada date. Lain kali je ya."

  "Wan, mama.." Klik.

  Handphone dimasukkan ke dalam poket. Kemudian mengatur langkah ke tangga untuk turun. Bukan dia sengaja untuk kurang ajar kepada ibunya namun otak dia tengah sarat. Tengah cepu menghadap kerja pejabat seharian. Time malam-malam inilah dia akan enjoy. Enjoy bersama rakan-rakannya. Sesudahnya dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

_________________________________________________________________________________

   Laptop ditutup. Swan hanya menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal. Bilik yang dipasang penghawa dingin itu melekat terus ke tubuhnya sehingga menggigil kesejukan. Namun tidak pula di matikan penghawa dingin itu. Mahu ia terus sejuk. Sejuk sehingga dia kaku dan tidak bernafas lagi.

Tok..tok..tok

  Bunyi ketukan pintu membuatkan dia mengeluh. Mengeluh kuat. Saat beginilah orang mahu mengganggu ketenteraman hidupnya. Tiada masa lainkah mengacau satu saat dalam kehidupannya?

  "Cik Swan, Datin Safira panggil makan."

  "Boleh tak jangan ganggu hidup saya!"

  "Tapi, ini arahan dari Datin.."

  "Pedulikan!" Bentaknya keras. Ada rasa bengang yang terselit dihati. Tak reti bahasakah pembantu peribadinya? Nak cakap bahasa apa pulak? Jepun, Korea, Cina, Taiwan, Filipina? Sepatah haram pun dia tak tahu menyebut perkataan-perkataan itu melainkan 'Arigato'. Bahasa jepun.

   "Tapi.."

   "Pergi sekarang!"

   "Sekarang!" Bunyi derapan tapak kaki segera meninggalkan hadapan kamar cik mudanya. Agak sedikit gerun.

  "Menyusahkan!" Swan menggumam perlahan.

   Laptop segera dibuka. Mahu melayan rasa bosan yang tiba-tiba bertenggek dihati. Dia bukan lagi seperti dahulu!

   Dulu, 3 tahun lepas. Waktu sebegini dia akan meluangkan masa berbual bersama mamanya, Datin Safira. Kalau mengharapkan papanya, Dato' Syukri, jangan harap dia boleh berbual sepatah haram pun! Kalau tak pun dia pasti akan mencari alasan untuk keluar rumah dalam jangka masa yang panjang. Dia pergi kemana? Dia pasti akan meluangkan masa bersama kekasih hati memandangkan tiada sesiapa pun tahu hubungan sulit mereka. Dulu dia seorang yang ceria. Peramah. Terlalu baik hati dan punya segalanya.

   Dulu dia ibarat bidadari yang punya segalanya dan hanya bersenang-lenang di syurga rumahnya. Tapi pengalaman mematangkan segalanya. Ada memori yang tersimpan kemas dalam lubuk hatinya. Tanpa sesiapa sedari dia mula menjadi pendendam. Pendendam yang berkisar tentang kehidupan peribadinya. Pendendam yang pada mulanya khas untuk mama dan papanya. Namun dendam itu bertukar menjadi kebiasaan dan membenci orang sekelilingnya.

  Buzz!

  Swan tersentak! Ada orang yang menyapanya di Yahoo! Messenger.

  Gulp..

  Dia? Tak mungkin itu dia! Dia dah mati! Dah pergi dari hidup aku. Dah pergi dari kejahatan dunia ini. Mana mungkin itu dia!

________________________________________________________________________________


Kata-kata dari 'Dia' -


   Kenapa mesti mencari sesuatu yang tak jelas tentang kehidupan. Mencari sebuah realiti yang menyakitkan? Atau mencari sebuah fantasi yang menyeronokkan. Sebenarnya, tiada matlamat jelas tentang kehidupan kita. Mahu menjadi seorang doktor? Peguam? Polis? Itu hanya matlamat didunia. Tapi di akhirat? Ada sesiapa yang memikirkan tentang matlamat di sana? Matlamat yang jauh nun disana. Yang masih menanti. Kenapa juga kita mesti menyakitkan diri sendiri? Menyakitkan hati orang lain? Menyakitkan kehidupan peribadi? Itu semua tiada maknanya. Mencari dendam bermaksud kita mencari neraka. Ada neraka sebenanrnya dalam hati kita. Dalam diri kita. Neraka tiak semestinya seksaan yang pedih di akhirat tapi neraka dalam diri kita ialah neraka kejahatan. Neraka yang membuatkan cemburu. Dengki. Saling membunuh. Bukankah itu menyakitkan?~

Selasa, Oktober 13, 2009

Muzik Cinta 2

Muzik 2

"Swan!!!" Pen terlepas dari tangan. Kertas yang baru ingin dibukanya terbang dari pandangan. Tubuhnya terkaku disitu tanpa bergerak seinci pun.

"Swan, i miss you so much." Satu pelukan hinggap di badan Swan. Kaget dia dengan keadaan yang tidak diduganya.

"Maaf cik muda." Setiausahanya, Aiera datang dengan terkoncoh-koncoh sambil membetulkan cermin matanya.

"Saya gagal menghalangnya dari masuk ke bilik cik muda." Setiausaha itu menunduk. Takut memandang muka Swan yang jarang tersenyum itu.

Pelukan dari yang memeranjatkan tadi dileraikan. Sambil matanya beralih kearah setiausaha yang takut-takut itu. Takut terhadap Swan Nivera.

"Keluar!" Swan bersuara tegas meskipun matanya tidak memandang kearah setiausahanya. Terus saja Aiera hilang dari pandangan. Takut untuk menghadang cik mudanya merangkap kepada pengarah syarikat Cold Shipping Corporation.

"Bodoh!" Swan menggumam perlahan. Kali ni suaranya ditujukan kepada gadis yang baru selesai memeluknya.. Mata gadis dihadapannya tajam merenung dengan mata kelabunya. Kelihatan marah dengan ungkapannya yang baru keluar dari mulut berbisanya.

"Apa?" Dengan selamba, Swan mengutip semula pen dan kertas yang melayang tadi lalu duduk dikerusi empuknya.

"Kau ni. Sedap je kata aku bodoh. Kau tak suka ya aku datang.?" Suara merajuk dan manja mula kedengaran. Tiada suara mahu marah-marah seperti dul apabila dikutuk sedemikian rupa. Tangan Swan yang baru mahu menulis terhenti. Menghadap gadis tadi.

"Kalau aku kata ya, macam mana?" Dengan langsung tiada perasaan, Swan selamba menuturkan kata-kata yang sinis sekali. Seolah langsung tidak memikirkan perasaan gadis itu.

"Swan!!" Gadis itu merengek manja sambil berjalan kearah mejanya. Tanpa dipelawa, terus saja gadis itu melabuhkan punggung di kerusi hadapannya.

"Kau ni jahatlah. Aku baru balik dari New Zealand. Dah kau cakap macam tu. Eei, sakitnya hati aku!"

"Kau sakit bukan masalah aku." Cepat saja suaranya memintas. Dengan wajah yang tidak beriak, dengan wajah yang selamba, dia mengangkat kening. Apa lagi, membulat mata si gadis hadapannya. Swan yakin dan pasti, gadis itu akan melenting sebentar lagi.

"Swan! Apalah nasib aku punya kawan macam kau. Sudahlah tak reti jaga penampilan, tak reti bermekap. Apatah lagi cakap dengan nada yang sopan. Sudahlah garang sampaikan setiausaha sendiri dan menggigil jumpa kau. Macam dia jumpa hantu yang kepalanya dah lari, tau?!

Lepas tu tak reti nak jaga perasaan orang, cakap tu selamba je. Macam leser! Semua benda nak dimusnahkan cuma yang beza, kau tu semua hati orang kau nak singgungkan. Kau tu pulak dahlah gangster. Taklah cantik sangat. Tak reti nak..."

"Casey, stop it!" Seperti yang dijangka, Casey Neice pasti akan membebel tentangnya. Semua kesalahan yang tiada kaitan tentang keadaan sekarang pasti akan dikaitkan semula. Itulah Casey. Jika dia tidak puas hati dengan sesuatu perkara, pasti kesalahan orang itu yang dari lepas akan diungkit balik.

"Ha..lagi satu kau tu tak.."

"Aku minta maaf!" Segera Swan memintas percakapannya. Seolah sudah tahu apa yang ingin dikatakan sebentar lagi.

Satu sengehan lebar terukir dibibir teman rapatnya. Casey bangun dari kerusi sambil tersenyum sinis menuju kearah Swan.

"What? Takkan kau tak puas hati lagi dengan ucapan maaf tu?" Swan memandang pelik kearah Casey. Seolah-olah ada hajat penari itu mendekatinya. Lebih-lebih lagi senyuman yang terbit dibibir Casey. Ada sesuatu yang dicurigai disitu.

Segera Casey merampas tas tangan yang berada disebelah temannya. Swan hanya memandang dengan perasaan yang pelik.

"Let's go!"

"Pergi mana?" Swan mengecilkan mata untuk memahami maksud tersirat temannya.

"Aku belum maafkan kau lagi. Maybe aku akan maafkan kau kalau kau belanja aku makan and then belanja aku shopping." Dengan gaya yang gedik, Caey menayangkan tas tangan berwarna silver milik Swan.

"No way! Duit elaun kau mana?" Ketawa sinis mula tercetus dibibir Casey.

"You know, my money..."

"Dah habis?" Belum sempat satu ayat disempurnakan, Swan segera memotong ayat itu. Kepala Casey hanya mengangguk saja.

"Oh my god." Terbeliak biji mata Swan memandang temannya. Duit elaun yang bernilai RM 20,000 yang diberi setiap bulan kepada Casey sudah habis. Swan memang tidak boleh mempercayainya! She very crazy!~